UKURLAH DIRI SENDIRI Saudara ukurlah diri sendiri bila nikmat datang kepada kita sudahkah dibagi-bagi? bila ujian menimpa kita adakah kita rasa berdosa? bila mengenang masa depan kita sudahkah pada Allah menyerah diri? bila kita membuat dosa adakah jiwa merasa terseksa? bila kita seorang diri adakah merasa Tuhan memerhati? bila kita berlaku taat adakah merasa Allah memberi? bila nikmat pada orang lain adakah rasa hasad dengki? bila ada orang miskin adakah rasa simpati? bila ada orang membuat mungkar adakah ingin menasihati atau kita caci-maki? bila orang caci kita…
ALANGKAH SEPINYA DUNIA INI Alangkah susahnya mendapat kawan bukan kenalan di akhir zaman ini berpunca dari hati hati telah rosak sama sekali kerana dunia memautnya alangkah susahnya mencari kawan kebaikan kita disoroknya bahkan didengkinya kejahatan kita dicanangnya merata negeri kesalahan yang sedikit dibesar-besarkannya yang besar apatah lagi alangkah sepinya dunia ini walaupun hidup di tengah masyaraka tnya kerana kawan sudah tidak ada lagi yang ada hanya kenalan di kedai kopi. Kesedaran (Buku Antologi Madah Almarhum Ust Ashaari Muhammad) Cetakan pertama 1985
KEBUN YANG KUBINA Kebun yang kubina dengan kawan-kawan yang setia telah menjadi luasnya pokok-pokoknya telah banyak dan subur bunga-bungan ya telah bertabur keindahan kebun ini telah menawan hati orang-orang ramai telah datang berhibur kebun ini dari sehari ke sehari bertambah luasnya kerana banyak kawasan-kawasan baru yang mula diteroka dan dibuka oleh kawan-kawan yang setia juga para simpati yang serta walaupun aku yang mengusahakan bersama-sama kawan dan simpati, tapi Allah/ah yang menjayakan aku panjatkan kepada-Nya penuh kesyukuran kebun yang luas ini pokok-pokoknya pula yang telah bertaburan buah-buahnya telah boleh dimakan aku…
MASA HARTA YANG BERHARGA Masa harta kita yang berharga tapi tidak terasa bila tidak digunakan dengan baiknya dia hilang percuma bererti hilangnya umur kita dengan sia-sia dia memedang kita setiap ketika tapi tidak terasa kerana halusnya kehilangannya lebih berharga dari permata hilang permata bobh dicari atau diganti dengan membelinya hilang masa tidak boleh dicari dan tidak dapat gan tinya sekalipun kita menangis mengeluarkan air mata darah jagalah masa dengan baiknya agar umur kita tidak sia-sia. Kesedaran (Buku Antologi Madah Almarhum Ust Ashaari Muhammad) Cetakan pertama 1985
TUNGGULAH MASANYA Suara dari padang pasir telah memberitahu suara dari lidah sayidil mursalin umat Islam menegakkan ummah dua kali zaman salafussoleh yang sudah dan zaman lmamul Mahdi dan Nabi Isa yang dinanti kalipertama telah terjadi tiada siapa boleh menafi kerana sejarah telah mencatitkan kali kedua pasti terjadi kerana Sodiqul Masduq telah membuat berita tunggulah masanya di antara dua ummah hanya ada thoifah thoifah yang menggabungkan rohaniah dan zahiriah selain itu thoifah yang salah selagi dua pemimpin besar itu belum muncul lagi tidak ada sebarang pemimpin…
HARIMAU SARKIS Orang-orang Islam bak harimau garang menguasai hutan belantara dengan merdekanya segala binatang-binatang hutan tundukpadanya dia boleh menguasai apa saja dia boleh memilih mana binatang yang dia suka tapi bila dia jadi harimau sarkis dibuatkan rumah di dalam kandang adakalanya dirantai leher diberi makan dan minum dengan percuma diberi rumah tanpa sewa dia bangga dengan jayanya tapi dia makan minum tanpa pilihan kadang-kadang barang busuk terpaksa dimakan di samping gelanggang hidupnya sempit sekali belangnya walaupun tidak hilang taringnya masih tajam tapi tidak boleh bertindak lagi adakalanya pada…
PAYUNG TEMPAT BERTEDUH SUDAH TIDAK ADA LAGI Orang-orang Islam hari ini malang sekali payung tempat berteduh sudah tiada lagi terdedah oleh hujan dan cahaya matahari kadang-kadang panasnya membakar teruk sekali merosakkan tubuh badan yang sihat sebelum ini adakalanya badan menggelatuk oleh sejuknya yang mengganas sekali bank-bank masyarakatnya sudah tidak berfungsi lagi masyarakat Islam terbiar setiap hari papa-kedana di mana-mana orang lain mengambil kesempatan memberi pemberiannya bak racun yang disaluti gula penasihat-penasihat umat telah jahat nasihat-nasihat tidak diberi atau diberi mengikut masyarakatnya nasihatnya tidak ada apa-apa…
MATERIAL TELAH MENJADI TUHAN Di kedai-kedai kopi di warung-warung menjual mee tempat pertemuan yang tidak rasmi di anjung-anjung surau dan masjid tempat perbincangan penghuni selepas solat terutama maghrib bersandar dan berlunjur melepaskan penat sambil melepaskan asap rokoknya berkepul-kepul naik menjelagai atap-atap surau dan masjid di selangi sorak-sorai dan gelak ketawa yang mengilai-ngilai di celahi bualan yang melihatkan kelebihan dan kebesaran di antara bualan-bualan itu anak you berapa orang di universiti? anak I tidak lama lagi pulang dari luar negeri membawa degri ekonomi anak perempuan kawan kita itu dia…
HAMPIR HILANG AKALNYA Pakaian jubah serban telah mula dapat tempat mini telekung juga purdah merata negeri hingga sampai ke dalam universiti di dalam dan di luar negeri orang yang anti Islam telah mula sakit mata dari sakit mata membawa kepada sakit hati setengah mereka sakitnya amat tenat sekali hingga sakitnya menjangkit ke kepala mereka sudah meracau-racau dan mengata-ngata macam dirasuk jin mata merah mereka suka pakaian yang mendedah betis dan peha juga dada dan kepala mereka dapat melihat dengan percuma tanpa bayar sesen…
MEREKA TELAH MATI SEBELUM MATI I Rumah besar, motokar menjalar membutakan mata pangkat besar, gaji besar, bintang di dada mematikan hati nyanyian melodi, yang merdu memekakkan telinga gadis-gadis cantik berkeliaran tanpa haluan memenuhi bumi Tuhan ini tidak keruan mempesona, merangsang nafsu, membunuh akal, mematikan jiwa aduh! rosaknya manusia di zaman kini matanya buta hatinya mati telinga pekak akal singkat sekali walau ada degri, ijazah Iuar negeri ksbanyakan manusia kini umpama rangka bernyawa tidak boleh dinasihat lagi mereka telah mati sebelum mati. Kesedaran (Buku Antologi Madah…