Bahaya Syiah – Almarhum Ustaz Ashaari Muhammad
232 viewsVersi Penuh
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Setelah selesai kajian kita tentang Syiah Imamiah menggunakan kitab-kitab rujukan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan juga kitab Syiah sendiri, maka fahamlah kita bahawa Syiah adalah satu mazhab yang menganut aqidah dan ibadah yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Terjadi perbezaan yang besar dalam banyak perkara:
- Syiah Imamiah menokok tambah Al Quran yang asal Jumhurul Muslimin hingga bilangan ayat dan susunannya berubah sama sekali. Al Quran yang sebenarnya ada 6666 ayat.
- Syiah Imamiah menolak banyak hadis sahih yang kebanyakannya diriwayatkan oleh sebahagian sahabat besar. Tapi memasukkan kata imam-imam mereka sebagai hadis. Sebab itu mereka ada kitab hadis mereka sendiri namanya Usulul Kafi mengandungi 16000 hadis berbanding kitab hadis Bukhari yang mengandungi lebih kurang enam ribu hadis sahih.
- Syiah Imamiah menganggap imam mereka maasum. Ucapan dan perbuatan mereka dikatakan hadis.
- Imam mereka lebih mulia daripada para malaikat, Rasul dan para Nabi.
- Para Imam mereka juga dikatakan mendapat wahyu.
- Syiah Imamiah menganggap tiga orang Khulafaur Rasyidin yakni Abu Bakar, Umar, Usman itu fasik dan zalim, bahkan kafir. Malah setengah kitab-kitab mereka mengkafirkan serta melaknat sahabar besar, kecuali beberapa orang sahaja.
- Syiah Imamiah menganggap isteri-isteri Rasulullah terutama Sayidatina Aisyah, Sayidatina Habsah dan Sayidatina Zainab bukan Ahlul Bait malah dikafir serta dilaknatnya.
- Syiah Imamiah menganggap kerajaan selain daripada zaman pemerintahan Rasulullah dan Sayidina Ali adalah kerajaan thaghut. Seterusnya Ahli Sunnah Wal Jamaah dianggap musuh mereka seperti orang kafir.
- Syiah Imamiah menganggap di zaman tidak ada imam, maka layak memerintah hanya ulama Syiah. Ulama Ahli Sunnah tidak layak. Malah kata mereka kalau berada di bawah pimpinan ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah (dan selain Syiah) tidak wajib diikuti dan turut berjuang bersama. Kerana kepimpinan mereka tidak sah.
- Imam boleh memansuhkan hukum syariat.
- Mereka menuduh Nabi berbohong.
- Ulul Azmi meminta keuzuran daripada Allah.
- Para Nabi tidak tahu usul aqidah kecuali sesudah jadi Nabi.
- Perlantikan Rasul adalah wajib pada Allah.
- Para Rasul ada yang hasad dengki seperti Nabi Adam.
- Siapa yang tidak mengiktiraf imam mereka dianggap kafir.
- Mereka menganggap Siti Fatimah mendapat wahyu, dan wahyu itu ditulis oleh Sayidina Ali menjadi Mushaf Fatimah (Al Quran Fatimah)
- Imam-imam mereka lebih alim daripada para Nabi kecuali Rasulullah S.A.W.
Banyak perkara di atas adalah perkara yang berkait dengan aqidah. Sesiapa yang menganut fahaman itu bererti menganut satu aqidah yang jauh bezanya dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Saya bukan menghukumkan sesat atau kafir pada puak ini. Saya hanya memaparkan apa yang tertulis dalam kitab-kitab Ahli Sunnab wal Jamaah dan Syiah. Terpulang pada para pembaca untuk menentukan apakah “title” yang layak pada mereka.
Dalam perkara ibadah yakni hukum halal dan haram, terjadi juga perbezaan besar antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah. Antara yang paling menonjol ialah:
- Menghalalkan nikah mut‘ah (nikah kontrak).
- Menghalalkan nikah dengan wanita Yahudi dan Nasrani.
- Menganggap Nabi dan imam mereka melakukan takiyah setiap kali mereka itu melakukan amalan umum umat Islam (yang berbeza dari yang Syiah katakan).
- Hanya menyapu air di kaki ketika wudhuk, tidak membasuh kaki.
- Menganggap pemerintahan selain Rasulullah, Sayidina Ali dan Syiah adalah thaghut.
- Menganggap tidak sah kepimpinan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
- Tidak wajib taat kepada pemimpin selain Syiah.
- Nikah mut‘ah boleh dilakukan beberapa banyak perempuan.
Bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah, mengamal atau meyakinkan perkara-perkara di atas adalah termasuk perbuatan keji dan haram.
Demikianlah Syiah Imamiah menyimpang dari Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu bukan saja tentang perkara furu‘iah tapi adalah aqidah. Ini merupakan bahaya yang paling besar bagi orang Islam. Bila aqidah menyimpang dari kebenaran, ibadah lain walau sebanyak mana pun tidak bemilai. Tapi orang-orang Syiah di Iran pandai. Mereka sorokkan perkara ini dari Ahli Sunnah Wal Jamaah. Yang mereka tonjol dan besar-besarkan ialah tentang revolusi yakni perjuangan mereka menumbangkan kezaliman Shah Iran. Mereka samakan usaha mereka itu dengan apa yang dibuat oleh Rasulullah terhadap Musyrikin Quraisy di Makkah dan Madinah. Ditanamkan dalam jiwa umat Islam kemahuan untuk melakukan revolusi seperti yang mereka lakukan. Maka ramailah pemuda-pemudi Islam yang termakan hingga sanggup menukarkan keyakinan pada Syiah dan bersedia untuk lakukan revolusi. Hal ini tidak boleh didiamkan. Revolusi boleh bawa bahaya pada ummah. Walhal Islam boleh diperjuangkan dengan bijaksana dan hikmah, yakni melalui dakwah dan usaha-usaha mendapatkan intelektual “commitment’.
Melaksanakan Islam bukannya secara paksa dan emosional tapi adalah secara kesedaran, keinsafan dan keyakinan. Sedangkan kita belum mencuba kaedah ini. Kristian telah masuk ke setiap lorong dan ke setiap pintu rumah kita hari ini secara senyap tanpa kita sedar. Diam-diam mereka sudah ambil hati umat Islam di merata dunia. Itu adalah kerana agama bukan benda yang boleh diperebutkan melziui peperangan. Tapi ialah keyakinan yang boleh diberi melalui kefahaman dan ilmu. Sebab itu kalau betul ingin perjuangkan Islam maka revolusi bukanlah kaedah terbaik yang patut diutamakan kecuali kalau yang direbutkan ialah kerusi di Parlimen maka jalan tercepat barangkali melalui revolusi, tapi tentu tiada sangkut pautnya dengan perjuangan Islam.
Seperkara lagi yang mesti diambil perhatian ialah apa akan jadi kalau kita mahu ikut Syiah Imamiah. Oleh kerana terlalu jauh bezanya dengan Islam yang kita fahami dan amalkan hari ini, maka kalau kita mahu ikut Syiah bererti kita kena jadi mualaf. Kena belajar Islam dari alif, ba, ta sekali lagi. Belajar tentang Tauhid dan Feqah dari awal-awal lagi. Belajar Al Quran dan hadis semula. Sebab semua itu berbeza dengan keyakinan asal kita.
Kalaulah ini terjadi, ada bahaya lain yang timbul. Mulalah umat Islam ditimpa ragu. Mana satu yang betul? Atau dua-dua tidak betul. Bagi orang awam yang kurang keyakinan dan sedikit ilmunya mungkin akan pilih keyakinan baru atau lebih mudah jadi “free-thinker”. Musuh Islam itu tentu bahagia kerana dapat modal baru untuk pecah-belah dan ragu-ragukan umat Islam. Alhasil bertambah kucar-kacirlah masyarakat Islam.
Kita berlindung dengan Allah daripada bahaya-bahaya yang boleh dibawa oleh Syiah Imamiah. Dengan buku ini mudah-mudahan menjadi satu sebab untuk selamatkan kita dari bahaya Syiah. Insya Allah.












