ILMU bukan saja bersumber daripada kitab atau daripada guru atau daripada sekolah atau daripada universiti. Ada ilmu yang kita perolehi daripada pengalaman, hasil pengamatan, dan daripada rasa hati. Antara banyak-banyak sumber ilmu itu, yang berkesan ialah ilmu yang diperolehi daripada pengalaman dan daripada fikiran. Dan yang paling berkesan ialah yang datangnya daripada rasa hati. Sebab,
ZAMAN salafussoleh yang sangat indah kapan menjelma kali kedua? ia sangat dirindui ia sangat ditunggu-tunggu dan dinanti-nanti mengikut Rabbul Izzati melalui lidah Nabi ia pasti menjelma lagi tapi bila? apakah masa yang terdekat atau lama lagi? ia pasti tiba di kurun ini mari kita berusaha ke arah itu di samping menunggu masyarakat itu indah sekali
ENGKAU dirindu kedatanganmu ditunggu hati kami sudah tidak sabar lagi menunggu kedatanganmu kepadamulah dunia ini- akan diserahkan padamu ada kelayakan sifat peribadimu bayangan Nabi akhir zaman kami menunggu kami menanti kedatanganmu memang amat diperlukan kami inginkan keadilan orang lain melakukan kezaliman merosakkan .bumi engkau menjelang tiba engkau pasti tiba membawa berita gembira membaharui yang lama
ENGKAU akan tiba membawa berita gembira membersihkan noda dan dosa yang menjadi idaman dunia kedatanganmu ditunggu sudah lama kami rindu menempa sejarah lama yang akan berlaku kali kedua kami sedang berbaris menunggu kedatanganmu dengan hati gembira mengharapkan pembelaanmu kau pasti tiba di kurun ini juga menegakkan keadilan membanteras kemungkaran kami tidak sabar menunggu kedatanganmu dengan
Meriahkanlah taman ini dengan lagu yang merdu menghiburkan hati-hati penghuni taman yang telah lesu mereka menginginkan kehidupan yang murni berilah khabar gembira kepada mereka seorang penyelamat akan tiba tidak lama lagi di kurun ini membawa kenangan lama menegak keadilan menyama rata tidak ada tinggi rendah di kalangan manusia berjiha d lah sambil menunggu kita akan
PEMBELA tidak lama lagi tiba berbarislah menyambutnya ia membawa berita gembira pembela akan menemui kita bersedialah mengalu-alukan kedatangannya ia membawa janji Allah keadilan akan ditegakkannya pembela sebentar lagi datang membawa rahmat dan berkat dari Tuhan bergembiralah menyambut kedatangannya zaman kemakmuran dan keamanan akan bermula pembela akan tiba membawa cahaya harapan menghilangkan zaman kegelapan menghapuskan penzaliman
DI WAKTU hampir tiba Nabi akhir zaman dua empayar di waktu itu hampir tumbang rakyat keduanya gelisah tidak senang pemerintahnya sumbang negara-negara kecil di bawah kekuasaannya huru-hara tidak senang dengan pihak berkuasa rakyat sesama sendiri tidak sekata maksiat merata bumi peperangan menjadi-jadi setiap hari malu sudah tidak ada lagi perempuan telanjang di khalayak ramai biasa
TUHAN kami menunggu apa yang Kau janjikan pemimpin yang Kau simpan untuk akhir zaman rasanya sudah hampir tibanya kedatangannya membawa khabar gembira Tuhan kami menunggu dengan rindu kami yakin dengan janjiMu Ia pasti tiba di kurun ini juga JanjiMu pasti terjadi Engkau tidak mungkir janji kami sedang berbaris menunggunya Tuhan rindu kami sudah sampai kemuncaknya
ALLAH mengajak kita bersatu menegakkan ummah kita telah berusaha ke arahnya hasilnya jauh daripada berjaya bahkan perpecahan demi perpecahan yang ketara jadi apa caranya menyatukan semua? Setiap sesuatu ada sebabnya di antara sebab untuk bersatu ada pemimpin yang luar biasa taqwanya amat terserlah akhlaknya bayangan Nabi ibadahnya banyak sekali ia ada karamah ia ada barakah
PENENTANG-PENENTANG Islam pening kepala melihat amalan Islam makin ketara cuba membendungnya tiada daya mereka kecewa Si hasad dengki yang tahu kebenaran sakit hati melihatkan perkembangan Islam bertambah nyata setiap hari tetap mara mereka mahu Islam muncul dari usahanya bukan dari tangan orang lain yang membina otaknya berputar-putar memikirkan suasana kepala sakit tidak terkira mata tidak